Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015 : Puncak Kinabalu

Cerita bersambung dari kisah Ekpedisi Gunung Kinabalu 2015 [PART 1] .

Setibanya di Penginapan Gunting Lagadan, cepat-cepat cari bilik, mahu cepat-cepat membungkus diri dengan selimut tebal. Mandi ? tak perlu ! saya yakin yang sangat yakin bahawa hanya ada beberapa manusia digunung yang mandi pada hari itu. dan hari-hari sebelumnya. Juga hari-hari selepas itu. Bilangan orang yang mandi terlalu kecil peratusnya. Tiada orang akan komplen akan haruman kita kerana semua orang yang mendaki gunung akan mendapat haruman istimewa, harum segar gunung Kinabalu. Tak mandi setahun pun tidak ada masalah ! haha :D

Gunting Lagadan merupakan non-heated room. So, pandai-pandailah mendapatkan tidur yang hangat. Malam itu udara dingin menusuk tulang, tapi mungkin kerana lelah, selepas bertemu katil kami terus terlelap tidur pulas.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Set alarm jam 2.00 pagi kerana esok subuh kira-kira jam 2.30 am harus mula mendaki lagi. Inginnya tidur lebih panjang tapi ternyata jam 1 saya sudah terbangun dan harus bangun kerana terdengar suara-suara manusia dan suara-suara itu sangat saya kenal. Yaaaa ! itu suara-suara dari group saya ! awalnya !!! Cepat-cepat bangun dan mencuci muka dengan jari manis. Cukup ! hahaha. itu petua untuk kekal jelita dan muda :P

Supper tak perlu turun ke Laban Rata cukup makan bread yang telah diberikan oleh pihak LB sebagai ganti supper. Lebih dari cukup untuk mengumpul tenaga ditengah pagi yang dingin.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Tepat jam 2:30 pagi guides datang memberi sedikit briefing sebelum memulakan ekspedisi mencabar minda, fizikal dan mental. Ini bukan pertama kali saya melakukannya dan mungkin tidak begitu masalah lagi. Namun, setiap kali saya mendaki puncak tertinggi itu, setiap kali itu juga saya merasakan gunung itu bertambah ketinggiannya. Jarak seakan semakin menjauh dan semakin sukar untuk ditakluki.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Berjalan diiringi mountain guide yang baik dan prihatin adalah suatu keuntungan berbanding orang lain yang pernah mengatakan mereka pernah mendapat guide yang jahat dan marah-marah. Seingat memori saya, belum pernah lagi rasanya mendapat guide yang seperti itu. Semua guide yang ada baik-baik belaka, penuh kasih sayang sesama insani. (ceh!!) hehe.

Cuaca semasa mendaki dan sepanjang pendakian adalah sangat baik. Mendongak keatas  disana ribuan bintang bersinar memberi harapan 'berjalanlah terus, kami memperhatikanmu'. Melangkah beberapa langkah, berehat lagi dan mata terkagum dengan pemandangan yang indah. Bulan tersenyum dari kejauhan sambil sang bayu berhembus mesra namun sungguh sejuk.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Mendaki gunung salah satu kegiatan yang mungkin kata sebahagian orang adalah kegiatan yang sia-sia. 'Untuk apa penat-penat naik gunung, menghabiskan waktu dan membuang duit. Sudahlah sejuk, lepas tu setelah sampai dipuncak turun lagi. Sungguh sia-sia'.

Menyakitkan mungkin untuk sebahagian pendaki tetapi biarkan saja kerana bagi saya bukan dia yang merasakan kenyamanan ketika berada dipuncak melainkan diri saya. Puasnya lebih puas dibandingkan ketika makan popcorn sambil tengok wayang bersama sang kekasih ditengah malam yang durjana (haha).

Walau bagaimana pun, pasti ada manusia yang memandang aktiviti pendakian ini dengan mata berbinar menyatakan kekaguman. Jujur bicara, pendakian ini tidak mudah. Sungguh seperti games, nyawa saya hanya tinggal setengah. Syukur ada langit cerah yang menghimpunkan ribuan bintang dilangit untuk membangun semangat yang hampir terlena. Juga guide yang ringan tangan untuk mendorong dari belakang dan menghulurkan tangan sehingga kaki ini mampu sampai dipuncak Gunung Kinabalu 10 minit lebih lambat dari pencapaian pendakian pertamaku iaitu, jam 5:50 am.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ternyata banyak pendidikan yang didapat ketika bersatu dengan alam. Saya melangkah, duduk dan untuk pertama kalinya pendakianku kali ini tanpa berbaring diatas batu untuk merasa lebih dekat dengan alam. Angan-angan tinggi dan harapan berkobar didalam aliran darah. Saya tidak ingin kalah semangat dengan lelaki, malah semangatku membara dan pantang kembali sebelum tiba dipuncak idaman. 'Yes, I can do it ~ just slow and steady' dan kata itulah yang selalu menjadi semangat disetiap pendakianku.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015


Mendaki gunung Kinabalu bukanlah menjadi orang-orang yang tidak berguna. Orang yang mendaki adalah jiwa-jiwa yang tulus dan penuh rasa menghargai. Seorang pendaki selalu punya prinsip, salah satunya adalah : ketika kita peduli dengan alam bererti kita telah peduli dengan kehidupan. Dalam sikap yang peduli dengan kehidupan itu, maka kita pun mampu lebih peduli dengan sesama kita...dan yang pastinya menyakini tentang kebesaran Tuhan. Mendaki bukanlah tentang menaklukkan alam tetapi justeru, menaklukkan diri sendiri. Mendaki gunung selalu menimbulkan kebersamaan, persaudaraan dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Berikut merupakan kisah-kisah ketika berada dipuncak gunung Kinabalu. Jika anda pernah mendaki, anda pasti tahu bagaimana rasanya berada dipuncak tertinggi Gunung Kinabalu dan pastinya anda tahu bahawa untuk sampai dipuncak itu memerlukan usaha yang sangat tinggi. Namun, dibalik kepayahan itu, anda juga pasti tahu tentang sebuah perasaan ketika berdiri diatas puncak gunung tinggi mengudara itu.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Tiga hal yang selalu menjadi peringatan buat semua pendaki adalah :

Jangan mengambil sesuatu kecuali gambar
Jangan meninggalkan sesuatu kecuali jejak
Jangan membunuh sesuatu kecuali waktu

Terkadang ingin rasanya mengambil sesuatu dari gunung ini sebagai cendera kenangan seperti batu yang kecil atau memetik dedaunan bonsai untuk diberikan pada 'dadi' ku tetapi, jika semuanya itu boleh dipotretkan untuk apa dipetik dan diambil ? (hehe).

Dipuncak tertinggi gunung Kinabalu, merupakan tempat yang penuh kedamaian. Seseorang pun akan merasa dekat sekali dengan Tuhan, sehingga menundukkan kepala untuk bersujud dengan hatinya sekali gus. Disana juga merupakan pembuktian diri tentang sebatas mana kita bertekad. Tentang bagaimana kita mampu melepaskan keegoisan diri dan sifat manja, menjadi seorang yang percaya diri.
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Rasa penat yang melampau memang ada selama perjalanan tetapi jika memandang keatas, melihat puncak gunung, seolah-olah terlihat jelas semua harapan  dan kebahagian yang menanti. Gunung itu memang tinggi, jalurnya terkadang ektrem dan jurangnya pun sangat dalam tetapi, selain itu ia sangat ramah dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh kaki manusia. Ada kelelahan yang sangat dikaki, ada nafas yang terasa sesak dan jantung yang rasanya mahu pecah, ada rasa haus yang mencekik dan ada pula jalan tinggi yang seolah-olah tak pernah ada hujungnya. Namun, semua itu akan segera terbayar lunas ketika telah tiba dipuncaknya. Semua pengorbanan itu sangat berbaloi dan tak ada ertinya lagi ketika kedua kaki berada dipuncak tertinggi itu. (tidakkah kau bangga ? hehe)

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015
Sebuah maha karya yang sangat indah dari sang Pencipta yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata, lantaran hanya mampu terpana menikmatinya. Sungguh Tuhan maha Esa, teramat agung dan berkuasa.

Sungguh, semua kenangan indah di puncak Gunung Kinabalu tertoreh abadi didalam jiwa. Sebuah pengalaman yang diraih setelah perjuangan panjang mengalahkan diri sendiri. Setelah diri berani mengambil keputusan diantara dua pilihan; terus mendaki atau berhenti sampai disini. Betapa hidup ini ternyata terdiri dari berbagai pilihan. Sebab kita harus tahu memilihnya meski dalam keadaan terdesak. Digununglah kita belajar. Digununglah kita mampu lebih baik dalam memilih yang terbaik kerana itulah saya suka mendaki gunung Kinabalu.... (mungkin) hehe.

Satu pesan yang dapat saya hantarkan buat semua pembacaku, jangan lupa bahawa kita ini hanyalah makhluk yang fana dan lemah. Jangan pernah sombong kerana hanya mendaki satu gunung-Nya saja kita sudah hampir tak berdaya. Apa lagi menciptakannya, pasti tidak boleh. Maka bersyukurlah.

Sebelum saya lupa, ekspedisi Gunung Kinabalu kali ini turut disertai oleh sepasang pengantin baru (sebenarnya ada dua pasangan cuma yang satu itu tidak membawa pasangannya hehe). Ekspedisi ini pasti menjadi kenangan terindah buat mereka. Saya yang tidak membawa pasangan pun merasakan ekspedisi ini indah apatah lagi, bagi mereka yang membawanya haha. Kata mereka, ini adalah honeymoon terindah buat mereka. wow, tahniah !
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015
Saya juga ingin merakamkan terima kasih buat guide yang menjaga kami dengan sangat baik. Melangkah bersama, meminjamkan jacketnya untuk diriku yang tiba-tiba merasakan pening dan mual kala berada dipuncak gunung Kinabalu dengan pertanyaan 'ko pregnant ka ni?' hahaha......menjawab saya tak mampu, sekadar menggeleng sambil tersenyum. Untuk pertama kalinya juga saya menerima pelawaan minum teh panas diatas gunung oleh seseorang yang saya tidak tahu tahap kesihatannya bagaimana  (jika dia ada penyakit, habislah saya :P ). Meminum dua kali teguk, saya terus merasa sihat kembali. Teh apakah itu ? haha. Tangan dihulur dengan ayat 'mari kita bergambar dipuncak'. Ya, saya berada dipuncak tertinggi Gunung Kinabalu. dan saya tahu, saya adalah antara yang terawal tiba dipuncak itu.
Ekspedisi Gunung Kinabalu

Berapa suhu dipuncak Kinabalu waktu itu ? sejuknya sejuk yang teramat sangat. Sejuk menusuk tulangku. Suhu waktu itu hampir mencecah 0 darjah celcius. Syukur saya sudah biasa dengan suhu seperti itu. haha :D
Ekspedisi Gunung Kinabalu 2015
Nantikan kisah perjalanan turun gunung Kinabalu yang sungguh-sungguh menguji fizikal. Waktu turun lebih mencabar dari waktu naik. Sungguh mencabar ! Apa pun pendakian ini tidak sekadar menggenapkan keinginan hati tetapi juga sebuah prestasi peribadi apatah lagi, perjalanan ini menambah kawan baru buat saya.

Post a Comment

4 Comments

bertambah tambah keinginan untuk tawan kinabalu, melihat ciptaanNya :')
precious cla said…
Jangan biarkan keinginan hanya sekadar keinginan...ada masa & selagi sihat jom lah cuba panjat G. Kinabalu :D
Kak Mahh said…
Tahniah anda berjaya
precious cla said…
Thanks Kak Mahh ;)