2 December 2014

10 Artikel Di Tempah

Disember akhirnya menjelma, musim sejuk melanda kota dimana kakiku sedang berpijak ketika ini. Melihat alam ini, membuat saya mengerti dengan jelas bahawa hidupku masih dibutuhkan dalam dunia ini. Hidup mungkin menakutkan tetapi tidak beerti itu adalah akhir dari segalanya. Selamat menyambut bulan Disember, bulan kebahagian dan kemenangan setelah kita berjaya melalui 11 bulan yang lain dengan berjaya.

Maaf, kerana agak lama tidak menulis disini. Saya terlalu sibuk dengan banyak hal dan yang terkini saya perlu menyiapkan 10 artikel dari pelanggan saya. whoah ! menyiapkan satu artikel pun tidak mudah, inikan pula 10. Bayaran telah dibuat oleh pelanggan dan saya harus menyelesaikannya dalam minggu ini atau sekurang-kurangnya minggu depan.

Makanya, banyak hal yang perlu dilakukan untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan disukai pelanggan. Inspirasi harus menyatu dalam minda agar tulisan terbit dalam bentuk yang indah dan memuaskan. 

Dirimu yang sekarang adalah hasil yang kau lakukan di masa lalu; dirimu yang di masa depan adalah hasil yang kau lakukan di masa sekarang. Jika kau ingin tahu masa lalu seseorang, maka lihatlah keadaannya sekarang; jika kau ingin tahu masa depan seseorang, maka lihatlah apa yang dia lakukan sekarang.
 Penulis Artikel Malaysia
Percaya bahawa kau memiliki rezeki baik, tetapi jangan terobsesi dengan kekayaan; Percaya bahawa kau adalah peribadi kuat, tetapi jangan menolak airmata; percaya bahawa didunia ini pasti ada orang baik, tetapi jangan tidak berhati-hati; percaya bahawa kau pasti akan berjaya, tetapi jangan menghindari kegagalan;  percaya bahawa ada Tuhan, tetapi jangan lupa mengunci pintu. hehe

Selamat menikmati bulan Disember yang hebat, bulan 'hadiah-hadiah' . Yang mahu memberi hadiah pada gue, dipersilakan dengan segala hormat :P

Ok, masa untuk menulis sambil menikmati kota lama yang terbina oleh British namun, diindahkan semula dengan pelbagai pembangunan sehingga wajah lama tampil tak diperhatikan. 
Share:

1 comments:

A SY said...

You are tagged! http://blalalableh.blogspot.com/2014/12/giveaway-contest-shawl-by-nursaila.html

Please comment back :)