5 October 2014

Nuffnang Tidak Lagi Kedekut ?

Praise Valley, 4:56 petang - Hujan lebat dan berkabus. Tiada banyak yang boleh dilakukan diluar rumah melainkan memaksa diri melakukan aktiviti-aktiviti didalam rumah sahaja. Dengan keadaan sejuk seperti ini, yang dapat dilakukan hanyalah tidur, bangun, makan, tidur haha. Terlalu indah untuk dinikmati selagi cuti dilanjutkan sehingga esok.

Namun, blog tidak harus dilupakan kerana NUFFNANG akan memantau setiap aktiviti kita didalam ni. Seaktif manakah tuan blog ini menjaga blognya sehingga layak untuk ditaja oleh Nuffnang ? 
Nuffnang Malaysia

Oleh itu, adalah wajar jika saya tidak boleh bermalas-malasan menulis disini. Apa pun itu dan dimana pun saya berada , blog ini tidak harus dibiarkan sepi tanpa coretan dari jemari gendutku.

Nuffnang sejak kebelakangan ini sangat aktif memberi iklan-iklan didalam blog saya. wow ! terima kasih encik Nuffnang. Lagi banyak  iklan, lagi tinggi potensiku mendapat duit.  

Nuffnang tidak lagi kedekut seperti dulu ? mungkin ya. 
Share:

0 comments: