search

Blog Archive

8 October 2014

Dadi yang seusia Malaysia

Saya adalah orang yang sangat peduli dengan makna sebuah nama meskipun William Shakespeare mengatakan apalah erti pada sebuah nama. Namun nama bagi saya berpengaruh dan penting mengawali sebuah kejayaan.

My Dad's Birthday
Kerana sebuah namalah maka saya masih menjadi seorang yang sopan-santun dan baik sehingga kini ^^ dan tidak dengan senang-senangnya menikmati sesuatu yang tidak sepatutnya, meminum minuman memabukkan, mengikuti mana-mana lelaki ke sana ke sini dan sebagainya. Itu semua kerana sebuah nama. 

Sebenarnya bukan nama saya sendiri yang hendak kuangkat tinggi-tinggi setinggi langit tetapi, justeru nama keluargalah yang hendak dijaga elok-eloknya.  Hari ini saya memperkenalkan nama itu, tidak terkenal pada siapa-siapa tapi didadaku namanya sentiasa ada dan harus dijaga murni. 

Tepat ke-57 tahun dia hidup didunia ini dan saya bangga memilikinya sebagai bapa. Semoga detik usia yang tersisa dimiliki olehnya terus mengharum dengan berkat dan perlindungan Tuhan. 

Selamat Ulang Tahun, dadi ^^ God bless you and more birthday to come.


Share:

0 comments:

Followers