Running Man versi Malaysia



Your body is sometimes becoming an issue since people expect perfection..
But well, nobody's perfect, you just got to embrace yourself and believe that you are pretty!

Ahhh….siapa pun kamu yang melihat saya berlari-lari kelmarin, abaikan itu. Haha. Saya berlari tanpa melihat pemandangan. Saya berlari kerana satu misi. Misi menangkap pengkhianat. September, 01 disambut dengan penuh misi dan tenaga. Yeah !

Oh, jujur bicara – saya sangat bahagia berlari dibawah teriknya mentari Borneo. Kejar-mengejar macam inspector A.Galak mengejar suspek jahat dalam Gerak Khas (oh, itu rancangan TV yang sangat glemer zaman dahulu) :D .

You wouldn't BELIEVE what i'm about to tell you guys! Saya yang agak gendut telah menyertai RUNNING MAN. Wew ! bagai mimpi menjadi realiti bila terpilih untuk menyertai rancangan ini. Selalunya mata rabun ni hanya melihat melalui TV , tak sangka  pula kali ni saya sendiri yang dikejar dan mengejar.

Perasaannya – sungguh, amat luarbiasa. Diusia ini, berlari-lari di khalayak ramai mungkin agak memalukan. Namun, siapa peduli pendapat orang dan siapa orang lain itu untuk menghakimi. Atau mungkin orang yang melihat itu sebenarnya juga sedang mencemburui larian kami ditengah panas bagai tak punya masalah? saya berpendapat bahawa mereka sedang cemburu unta. Ingin namun, tak mampu berbuat demikian hahaha.

Running man Malaysia terbuka kepada semua peringkat umur. Kalau laju, lagilah dialu-alukan menyertainya. Kalau bijak, lagilaaaaaaaah dipersilakan dengan segala hormatnya join running man. Kalau ada penyakit sesak nafas, awal-awal diberi amaran ‘JANGAN‘ cuba-cuba join. Silap sikit, hospital menjadi destinasi percutian anda. Apa pun, saya merupakan seorang yang sihat walafiat dalam dan luar.  

Jom tengok cabaran pertama dan siapa pesertanya. Chak ! lihatlah, anak kecil juga turut menjadi pesertanya..... 
Tekun mendengar taklimat
Harus peka terhadap semua arahan
Siap menyahut cabaran
Buat baik-baik, kalau tidak kita kalah :D
 
Yes, boy !  do your best

Running man versi Borneo ni berada dibawah pimpinan puteri cantik yang nakal namun, sedikit pemalu (eh, pemalukah?) . Haha. Merekalah yang telah bertungkus-lumus menyiapkan permainan ini. Nampak mudah namun, saya pasti untuk merealisasikannya adalah sukar dan memerlukan ketekunan. Terima kasih kepada cik Florina dan rakan selfienya yang setia, cik Bee Aiko (satu dari Jepun dan yang seorang lagi dari Korea Selatan). Namun, mereka sangat fasih berbahasa Malaysia.  :D
Pengacara Program - mahu tahu lebih lanjut pasal dorang ? sila google
Cabaran ni agak susah walaupun, saya pernah diajar oleh Beckham
Kuda-kuda ? Oh....kudaku lari gagah berani... :D
Tarik rambut si PENGKHIANAT ...ayuh, tarik lagi haha
Antara artis yang sempat join Running Man
Seperti yang saya katakan diawal entri ini, cuaca waktu itu sangat bersahabat dengan kami. Si matahari memancarkan aura cahayanya dengan sangat bermaharajalela. Panas sekali namun, sekali-sekala menikmati rasa panas itu, tidak apa-apa. Kulit menjadi gelap, masih banyak sahabatnya berbanding dnegan hati menjadi gelap. Oleh itu, janganlah menjadi takut apabila kulit menjadi gelap tetapi, takutkalh jika hatimu bertukar menjadi gelap segelap malam tanpa pelita. Orang seperti itu, tidak layak disebut teman. (eh, apa saya tulis ni? *pesanan merdeka* hehe)
Tewas sebelum pengkhianat tertangkap...kecewa ^o^
Sebenarnya saya kurang pandai menceritakan semua perasaan saya pada tulisan ini, apatah lagi jika menceritakannya melalui mulut. Saya agak lemah dalam bahagian penceritaan lisan. (sila ambil perhatian, ini adalah sebuah pengakuan sulit. Hahaha). Saya selalu suka dan senang membiarkan gambar mengambil bahagian itu. Terserah kepada anda mahu komen apa ketika melihat gambar-gambar itu. Yang pasti saya gembira dan bahagia berlari sambil mengeluarkan peluh-peluh jernih yang mungkin harum bagi sesetengah manusia namun, ''uweeeek'' bagi sesetengah manusia yang perasan sempurna. :P

Eh, berbalik kepada cerita utama. Running man merupakan satu misi yang diberikan kepada semua peserta untuk menangkap si pengkhianat. Dalam misi tersebut kita kena bijak menjadi detektif dan mengenal pasti siapa pengkhianat didalam kumpulan tersebut. Sukar memang sukar. Namun, itulah Running Man. Tiada cabaran tanpa kesukaran. Tiada bahagia tanpa kesulitan. Cewah !
Sekali kawan, selamanya kawan dan itu adalah kita
Ketika menulis entri ini, hatiku tertawan pada kehidupan ini. Terlalu banyak kejutan-kejutan yang terjadi dan saya menikmatinya dengan sejuta ucapan syukur pada Penciptaku yang juga telah mencipta kawan-kawanku dan kalian semua. Terima kasih buat persahabatan yang terjalin. Kalian menjadi bahagian dari tawaku dan juga bahagian dari rasa sukarku.

Running Man versi Malaysia Running Man versi Malaysia Reviewed by Precious Cla on 2.9.14 Rating: 5

2 comments:

HASRUL HASSAN said...

Waa nampak menarik je ni ... seronok semuanya.

Precious Cla said...

Yep…semuanya tunjuk senyum hingga ke telinga masing2 hehehe

Powered by Blogger.