search

Blog Archive

15 August 2014

Destinasi Percutian Keluarga, Shangri La Rasa Ria


Tahun Melawat Malaysia 2014 atau pun mungkin sekadar bercuti dihujung minggu tetapi tidak tahu destinasi yang sesuai ? dan kini anda mungkin tercari-cari lokasi percutian seisi keluarga yang sesuai untuk melepaskan tekanan selepas penat bekerja.

Namun, acap kali kita berdepan dengan masalah mencari penginapan yang bukan sahaja terbaik untuk suami isteri beristirehat, bahkan sesuai untuk anak-anak yang inginkan keseronokan pantai dan rekreasi.

Mungkin Shangri La Rasa Ria Resort, Pantai Dalit, Tuaran, Sabah merupakan pilihan terbaik bagi keluarga atau pasangan yang masih mencari sebuah resort untuk percutian sekeluarga.

Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Kota Kinabalu bukan menjadi penghalang kepada peminat pantai dan aktiviti kekeluargaan untuk memilih resort ini.

Malah, para pengunjung semestinya bakal terkesima dengan keindahan panorama termasuk pasir pantai yang putih, deruan ombak yang mengasyikkan sambil melihat matahari terbit.

Selain itu, dekorasi bilik yang menerapkan sentuhan hutan tropika Borneo dengan disulami warna-warna tanah itu cukup mendamaikan percutian seisi keluarga .

Pengalaman saya menginap dihotel ni memang terbaik dan penuh dengan ciri-ciri back to nature. Eh, tak lengkap rasanya kalau tidak menunjukkan gambar sekali. hehe

Sedang menunggu kunci bilik...
Empuk !! jom tidur..... :D
Katil tak cukup ? tidur di kerusi pun OK..nikmatnya tetap terasa
Hiasan dinding , tahu tak itu apa ? 
Hiasan dinding yang simple namun penuh erti
Hotel bermakna santai
Resort ini memiliki 416 bilik standard dan mewah dikelilingi taman-taman tropika yang subur serta panorama Laut Cina Selatan yang benar-benar menakjubkan untuk keselesaan pengunjung.
Pemandangan yang sangat cantik
Boring, tension ? jom mandi dalam kolam.... confirm hilang rasa kusut
Kalau malas mandi dalam kolam, laut pun ada.....pantainya luas dan cantik
Pada masa ini, resort ini turut memperkenalkan 90 bilik Premier Ocean Wing yang mempunyai keluasan lantai sehingga 90 meter persegi, selain semua bilik-bilik berkenaan menghadap laut.

Menambahkan lagi keselesaan pengunjung di resort berkenaan, Destinasi Percutian Keluarga, Shangri La Rasa Ria memperkenalkan sebuah spa lengkap yang dikenali sebagai Chi, gabungan rawatan tempatan dan tradisional mengikut budaya Asia.
Share:

0 comments:

Followers