Tips mengenal Lelaki Penipu




Hello. Satu hari menghadap skrin komputer. Hari-hari begitu. Hari-hari begini. Tapi itu bukan soal yang hendak saya persembahkan buat bacaan mata korang. Oleh kerana jantina makhluk didalam dunia ni hanya ada dua iaitu lelaki dan perempuan atau jantan dan betina maka, dihari yang terpilih ini saya mahu mengupas tentang kisah si lelaki yang bersifat penipu. *pondan bukan dikategorikan dalam kehidupan manusia* Tuhan hanya menciptakan Adam sejati dan Hawa sebagai pendampingnya. Tiada jantina ketiga yang dijenamakan manusia sebagai pondan.  

Nampak tajuk diatas ? apa kata korang hehe. Saya ada  pengalaman melalui pembacaan, pemerhatian dan terlibat dengannya secara tidak langsung dan juga secara langsung^^ cewah !  

Antara ciri-ciri lelaki penipu adalah…………. *sila ambil perhatian dan baca betul-betul. Mungkinkah lelaki disamping korang sekarang mempunyai ciri-ciri ini?* weeeewww…….

Satu, mudah sangat panggil kita sayang (sebab dia ramai awek, diulangi sekali lagi..TERLALU RAMAI hinggakan dia susah nak ingat nama awek dia. Untuk memudahkan dirinya dia panggillah sayang. 

Lelaki penipu cepat sangat cakap dia jatuh hati dengan kita (lelaki ni tak buang masa dan sebenarnya dia pun mahu kita cepat-cepat jatuh ke perangkap dia)

Bila kita call selalu tak angkat, bila kita SMS selalu tak jawab. Alasan beliau dia tengah busy cari duit atau dia tertidur. Sekali dua kali alasan itu ok lah boleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau tiap kali kita call or SMS jawapan yang sama diberi, tolong fikir-fikirkan. There must be something wrong with this guy, berhati-hatilah.

Handphone dia ada banyak. Satu untuk bini, satu untuk perempuan cikaro dia dan adalah tu. Lelaki penipu selalu marah kita bila lambat angkat fon  atau lambat reply SMS. Sebenarnya dia takut kita pun macam dia..pasang ramai. Hehe.

Dan lagi…

Ini info terbaik dari ladang kambing, bila dia sama-sama dengan kita tiba-tiba hp berbunyi, dia akan pergi jauh-jauh dari kita sebab nak jawab panggilan. Eh, dengan suara berbeza pulak. Kalau berSMS dia tidak mau kita tengok-tengok mesejnya tu…wow ! so weird.

Lagi..lagi, bila dia tengah SMS kita elok-elok tiba-tiba dia kata nak tidur. Kalau malam okay lah boleh faham. Tapi, ni masih awal trang tang tang. Apakah jadahnya, dulu bukan main hangat nak berSMS bagai. Sekarang tak mau sebab dia sebenarnya sibuk nak SMS perempuan baru . jeng jeng jeng. Dipersilakan membuang masa mengumpul para cikaro dan panda dipelukanmu. Lama-lama panda akan kembali ke China juga. Eh, terlebih sudah ! :D

Kadang-kadang tu bila kita tuduh dia something, dia pula jadi peguam putar belit cerita hingga kita berasa bersalah dengan tuduhan yang dibuat padanya. Punya panjang lebar penjelasannya bagai orang India menjual karpet merah. Haha.  Sebenarnya dia mahu cover salah dia. Weew !  I spy you with my little eyes, baby !

Eh, tapi ni untuk lelaki penipu berhati monyet jak..bukan lelaki sejati berjiwa murni macam korang yang sedang membaca tulisan ni. Hehe. Atau, korang yang sedang membaca ni  pun TERkategori sebagai LELAKI PENIPU

Oppss.

Masa untuk kopio O ! byeee. 

Oh ya, kalau mahu tahu bagaimana pula dengan kisah perempuan penipu? Mudah jak, gantikan semua perkataan lelaki diatas dengan perkataan perempuan. Jangan sangka ekonomi merosot, panda tak laku. Hahaha. Ok. Tiada kaitan. Panda dan manusia itu berbeza. Bau kentut manusia lebih bau dari bau kentut panda, sebab tu ia menjadi peliharaan kesayangan kerajaan Malaysia. 

Sebetapa baiknya sebuah hal, jika tak ada hasilnya, lama kelamaan kita akan bosan dan lelah, maka berhentilah; Seseorang, sebetapa kita  mencintai dia, jika tak mampu bersama, kita harus melepaskannya... karena lama-kelamaan, yang disakiti adalah dirimu, yang hancur adalah hatimu, yang terluka adalah jiwamu.

Kadangkala, menyerah adalah cara lain untuk bertahan... ketika bunga musim semi yang telah lewat, kita masih mampu menikmati indahnya musim gugur.

segala sesuatu, semua orang... suatu hari pasti akan menjadi masa lalu. Sebetapa sulitnya, kita harus belajar melepaskan.

Si penipu hari-hari ini, pergilah dirimu dengan segala hormatnya diringi sebuah senyum mulut dari bibirku yang anggun. :D

Sekian , detik ini akan segera berlalu…..seperti dirimu dan diri kita semua, suatu hari akan pergi untuk selamanya. Hentikan penipuan, kembalikan keunggulan iman. :)

Post a Comment

4 Comments

Cik Iman said…
biasa la nak bodek pompuan
Unknown said…
mmg betol tu semua fact..
precious cla said…
kan.kan..kan... hehe
Galaksi Viral said…
Salam perkenalan.. blogwalking & done follow blog ini. :)