19 February 2014

Dapat HADIAH lagi !





Hello makhluk alam yang pandai membaca dan suka membaca tulisan saya.

Kalau blog saya ni sekeping roti, dah tentu blog saya ni dipenuhi fungus fungus (kulat la tu). Kalau blog saya ni secawan susu, dah tentu blog saya  berbau masam dan berketul ketul. Kalau blog saya  ni sebiji  telur dan dimakan orang, dah tentu bila kentut blog saya berbau telur. mauahahahaa..

Idea menulis tak selancar air terjun kampung saya tu (promote ni, promote ni…kampung saya terletak berhampiran dengan Mari-Mari Cultural Village nan indah) Pergilah melancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Pesanan ringkas penaja :D

Nak dengar cerita tak? Pendek jak. Nak jadi cerpen pun x layak.

Disuatu petang yang masih memiliki sinar mentarinya, kambing kambing putih milik bapa saya kelihatan sangat bahagia sambil meragut rumput hijau…krek..krek..krek…keluar tajuk. Itu jenis tulisan yang akan saya tulis kemudiannya XD

Itu hanya mukadimahnya. Motif utama post ini sekadar memberitahu yang saya tidak berjaya mendapat top 3 untuk Peraduan Detik Terindah Fair & Lovely. Sekadar mendapat produk Fair & Lovely bernilai RM80 dan sehelai cek bernilai RM10,000 (terlebih angka la pulak haha) . Sebenarnya ini produk Fair & Lovely yang kedua saya pernah dapat. Kalau berjaya di Pulau Phuket lah saya berasmaradana dengan keindahan alamnya yang kata orang cantik sekali. Bila saya google google tempat tu, memang cantiklah juga tapi tak lah cantik sangat :D . *ada nada cemburu tak* haha…

 

Beberapa minggu yang lalu, saya juga sempat menerima sebuah kiriman . dari Langkawi katanya. Nota terselit tidak ada. Hanya bungkusan dengan cop Kedah. Ia sehelai T-Shirt Langkawi. Mungkin ia hadiah Giveaway, cuma kepala otakku sudah lupa tentang kemenangan itu. Apa pun, terima kasih kepada pengirim itu. Alamat saya ada padamu, lain kali kirim lagi…. :P
 
Tet…tet..tet….pagi kelmarin buka email (memang itulah rutin harian daku sejak bergelar manusia zaman IT) :D . Berlambak email dari pelbagai agensi yang katanya , pekerjaan merekalah yang paling senang dapat duit. Tipu belaka. Lupakan….dijadikan cerita, saya membaca email dari HSBC yang katanya saya telah menerima cash dari sebuah company.  Excited punya pasal, saya cepat-cepat tengok attachment itu dan ternyata disana ada nilai RM yang tidaklah banyak tetapi, saya tertanya-tanya ‘dari siapa ya?’ ……mulai mengingat….mengingat lagi…..oya, saya ada cash out 8Share saya beberapa hari yang lalu. Cepat-cepat buka account 8Share. Nilai masih sedang di verified. Maknanya belum transfer ke account kita. Lagi pula untuk 8Share saya guna Maybank. Hmm ? berfikir lagi…ok teringat cheque dari Churp Churp . Sudahkah adik saya memasukkannya kedalam bank saya? Mungkin. Nanti saya tanya. Kemusykilan dihentikan sampai disini.


Lagi…..kecewa dipagi hari kerana tidak berjaya menang daily prize dari Mentos. Hanya Voucher Kepsi. Kepsi tak penting sangat buat saya. Tapi, pounsikou @ thanks untuk tidak memilih saya sebagai pemenang. Orang lain mungkin lebih perlu hadiah itu. *Positif , positif * lain kali menang besar punya….haha

Oya, bulan ni saja saya menang TOP Up yang bertubi-tubi (*ngam kah penggunaan ayat bertubi-tubi ini*) . Tak reti berbahasa melayu yang 1st class kerana saya bukan warganegara Malaysia. Ngeeeee :D *disabit kesalahan kerana tidak mengaku Malaysia sebagai negaranya*

Ampunkan hamba :P (*hamba?????*) ok naa..bye.

Share:

0 comments: