search

Blog Archive

16 December 2013

Malam Natal, Salji turun di Kota Kinabalu



I know I haven’t updated this blog in few days…ooh rindunya sama blog ini.  And though it pains me to say this, I’m a princess, you know? Haha….sebenarnya saya sibuk menyiapkan kad jemputan ke party Krismas bertema Fairytale. Christmas Party will be held on 21st December 2013 dan kad tersebut telah berjaya saya edarkan pada kelmarin. Weeeww !!! saya tahu ramai yang tidak sabar mengenakan pakaian ‘fairytale’ mereka. Saya pun tidak sabar mahu jadi princess hehehe….Princesslah sangat :p

Selain tu, sepanjang 09 hingga 12 Disember our Church turut menjalankan pelayanan Karolling dibeberapa buah tempat. Tempat memang agak mencabar bagai mendaki gunung Kinabalu saja. Turun bukit, naik bukit…….turun bukit, naik bukit. Syukur hujan tidak turun malah, kami ditemani oleh terangnya rembulan malam berbentuk smile serta gemerlapan bintang dilangitnya Tuhan. Terima kasih wahai pencipta langit dan segala isinya.

13 Disember tu saya sempat ke Christmas Carnival, Gaya Street. Seperti yang telah dijangka orang ramai datang berpusu-pusu. Meriahnya jangan tanyalah. Memang gempak dan best ! rugi bagi mereka yang tidak datang hehe….Macam-macam ada….karolling, tarian, jualan amal dan macam-macam lagi. So, ada satu area tu penuh dengan bubble dan my niece dengan bahagianya menangkap bubble tersebut (ishh..saya menaip bagai menulis sebuah karangan sekolah haha). Malangnya camera saya kehabisan cas bateri lalu, tidaklah saya dapat memotretkan aktiviti kami disana. Untungnya ia mati setelah menangkap beberapa gambar. Hmmm…kecewa didada….tapi bahagianya tetap ada.  Tempat tu dipenuhi oleh bubble dan rasanya bolehlah kami angan-angan macam snow sedang turun di malam Natal. Hehe…

Rasanya dimana-mana pun manusia sedang sibuk menikmati gelombang natal , membeli hadiah untuk exchange gift dan bertemu dengan sanak-saudara yang jauh dan dekat. Dan…yang pastinya Christmas bakal menambahkan berat badan ini sekali lagi. Makanan ada dimana-mana. Dirumah dia dan rumah mereka makanan sentiasa ada untuk di nom.nom.nom. haha. Apa pun Jesus is the reason for the season. Kaaaaaaaaan ? yep ! Dia alasan mengapa saya dan kita semua merayakan Natal.

Well, Merry Christmas if I don’t talk to you before then anyway.
Wishing you all the best this holiday season, and a very happy New Year!

Love,
Share:

0 comments:

Followers