Percutian ala-ala New Zealand, Desa Cattle Dairy Farm - #VMY2014

Konkrit ! Hari-hari ada dalam lingkungan itu. Sejuk, itu pun kerana penghawa dingin. Bosan ? Itu perasaan normal bagi objek yang bernyawa. Atau mungkin anda sedang stress seperti putus cinta (ceh! Patah tumbuh, hilang bergantilah... :p ), tekanan kerja ? Huh !!!

Kita bukan robot laaa.....Kita adalah manusia. Segala perasaan itu ada ubatnya. Anda sebenarnya memerlukan ketenangan dan rehat yang baik. Mata anda harus dihibur dengan pemandangan yang indah, ciptaan Maha Esa yang juga telah menciptakan anda dan saya.

Slluurrrpppp !! telan air liur laju-laju. Melancong ? Skarang ni tak bolehlah, budget dah terbang !
Alasan semata-mata. kan ada Cuti-Cuti Malaysia .Negara Malaysia tidak miskin dengan tempat yang menarik. Tak perlu pergi jauh-jauh. Kita bercuti dalam negara saja maa... Errr tidak tahu destinasi percutian yang menarik ? Jangan bimbang, #VMY2014 ada penyelesaiannya dan saya sendiri ada beberapa tempat murah untuk anda. Jangan salah faham 'murah' bukan bermaksud tempat itu tidak ada kelas tau. Maksudnya anda tak perlu keluarkan duit banyak-banyak untuk dapatkan nikmat yang berlimpah-limpah. Bayar sikit, nikmatnya WOW !!!! Tahun Melawat Malaysia 2014 menyajikan banyak pilihan destinasi yang menggoda jiwa

Okay, straight to the point ' #VMY2014 Jom, melawat Sabah' , terkenal dengan keindahan flora dan fauna yang saujana mata memandang. Mahu ke luar negara tetapi budget tak cukup. Jangan risau, percutian ala-ala New Zealand masih mampu anda peroleh di Desa Cattle Dairy Fairy Farm / Ladang Tenusu Desa, Kundasang, Sabah. Masa perjalanan dari Kota Kinabalu adalah dalam masa 1 jam 30 minit. Ia merupakan ladang ternakan lembu tenusu dengan keluasan 199 hectar dan terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang (2100 meter dari paras laut). Ia merupakan padang ragut yang hijau dan sangat menyegarkan ! Udaranya sangat nyaman dan sejuk kerana ia berada benar-benar di kaki Gunung Kinabalu. 
 
#VMY2014
Para lembu tenusu meragut rumput
Tahun Melawat Malaysia 2014
pemandangan Desa Cattle
New Zealand, Sabah Malaysia
#VMY2014
Tempat yang damai
Aktiviti memerah susu lembu turut dilakukan dan anda akan menyaksikan proses pemerahan susu secara live. Anda berpeluang meminum susu segar dan aiskrim dari susu lembu-lembu yang ada disana, Mooooo Moooo !!! pengalaman terbaik dari ladang dan bertaraf dunia !

Tiket masuk untuk dewasa : RM3.00
Tiket masuk untuk kanak-kanak : Percuma

Alang-alang anda berada di Kundasang, anda boleh terus singgah ke Kundasang War Memorial Park. Merupakan sebuah kawasan khas yang di bina bagi memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bayar masuk hanya RM2. Bila anda dah masuk kawasan ni, paling kurang pun anda akan menggunakan 30 minit untuk menjelajahnya. Kali ni, anda terasa seperti berada di Australia pulak...hmmmm !! percutian murah yang sangat awesome !! Ia berada dilorong yang sama untuk ke Ladang Tenusu Desa dan hanya bersebelahan dengan Pekan Kundasang yang mana terkenal dengan sayur-sayuran yang fresh dan murah ! Suhu dikawasan ini agak rendah menjadikan ia sebuah kawasan penanaman sayur yang terbaik.

#VMY2014
Kundasang War Memorial Park
Terasa macam di Australia la pulak hehehe
#VMY2014 Saya sendiri tidak dapat jelaskan dengan kata-kata tetapi, saya biarkan lagu ini bercerita tentangnya

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu....


Dengar full version of 'Sayang Kinabalu' http://www.youtube.com/watch?v=abYD6Z5wY1s

Pasal tempat tinggal anda tidak perlu risau. Chalet atau homestay ada dimana-mana, hotel bertaraf 5 bintang juga ada. Opppss... sebelum saya terlupa di kawasan Kundasang juga anda boleh terus ke Hots Spring, Ranau dan mencuba berjalan diatas canopy walk (itu pun kalau anda tidak gayat hehe) . Kalau mahu bersantai didalam kolam air panas pun boleh. Selain itu anda boleh mendapatkan urutan daripada ikan-ikan sungai di Sungai Tagal, Ranau atau melawat Sabah Tea Garden sambil menikmati aroma Sabah Tea yang diiktiraf sebagai ladang tea ke-dua terbaik di dunia. 

Lagi satu, kalau anda berniat untuk menawan puncak Gunung Kinabalu, anda boleh mencubanya. Yang penting anda mempunyai latihan fizikal dan mental yang kuat macam saya hehe 
#VMY2014
Gunung Kinabalu telah kutawan beberapa kali , Yihaa !!
Saya pasti anda akan terpesona dengan setiap tempat yang anda lawati ! Sebelum kembali ke Kota Kinabalu, sila pastikan anda tidak terlepas dari melawat Mt Kinabalu National Park, tempat dimana pendakian Gunung Kinabalu bermula dan juga acara dunia seperti Climbathon dilakukan. Semuanya di Kundasang, Sabah ! Dalam perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, anda boleh singgah Jambatan Tamparuli atau Rumah Terbalik juga.

#VMY2014 Budget memang murah dan anda akan membawa pulang pengalaman yang paling mahal. 

Untuk maklumat lanjut Ladang Tenusu Desa, Kundasang sila berhubung dengan alamat / talian berikut :

P.O.Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel: 088-889562
Fax: 088-889530


GPS of Desa Cattle, Decimal coordinates (latitude, longitude) :
6.013877, 116.593519 

Website :  http://www.desaplus.com/

Pounsikou ! Terima Kasih/ Thank you ! 
 
Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia



Percutian ala-ala New Zealand, Desa Cattle Dairy Farm - #VMY2014 Percutian ala-ala  New Zealand, Desa Cattle Dairy Farm - #VMY2014 Reviewed by Precious Cla on 21.10.13 Rating: 5

4 comments:

careno said...

Pernah pergi skali Dairy Farm ni... mmg akan pergi lagi sbb terasa bkn kat Malaysia plak.. dgn udara sejuk nyamannya kat situ...

rokot nuluhon said...

Naaa kan ! dtg sekali terasa nak datang lagi :)

sHaRiNa eLyaNa said...

best bah sni kan cla...mcm d negara om putih ja rasa..

tp bau lembu hihih

Precious Cla said...

Memang best ^^ tempat yg slalu bikin hati rindu kaaaan :D

Powered by Blogger.