Apabila penulis kampung ada blog



Hello teman-temanku yang masih sudi bersahabat dengan saya. Semoga semuanya berjalan baik seperti yang diingini hati. Jika hari ini kurang baik, maka berhentilah sejenak dan renungkan hidupmu. Mungkin tiba waktunya anda berubah .

Saya kembali menghibur diri dengan menulis disini dan harapan saya semoga para pembaca yang hadir dalam blog ini suka dengan tulisan-tulisan kampungku. Tidak ada yang mampu menahanku untuk terus menulis kerana itu hobi saya yang nombor satu. Yihaaa !! teruskan membaca ya.

Saya suka menulis juga, mudah jatuh cinta dengan tulisan-tulisan orang lain yang sweeeet macam candy crush dan asam macam lemonade. Tulisan-tulisan yang seperti itu sering membanjiri otakku dengan idea-idea tentang erti kehidupan . Benar kata orang, jika tidak pernah pergi ke sesuatu tempat itu, cukup dengan membaca bukunya dan menikmati tulisan-tulisan yang ada. Itu akan membawa kita menyusur keindahan tempat yang telah kita baca. Dari otak turut ke hati dan menyerap kesuluruh hidup. Wow !! Kita automatically tahu keadaan disana meski tidak 100 percent.

Bukan itu sebenarnya motif utama tulisanku pagi ini tetapi, kalimat yang ada dibawah ini :

"Terhadap seorang pembohong, meskipun dia berkata jujur 10 kali, tapi kau tau dia pernah bohong, kau akan ragu akan perkataannya yang lain." I Hear Your Voice

Benar ! mindaku berketak-ketik mengiyakan kalimat tersebut. Benar apa adanya ! Saya sendiri tidak pernah menyimpan kepercayaan 100 kepada manusia disekelilingku. Jangankan 100%, 50% juga sukar haha….

"Mata dibayar mata, gigi dibayar gigi, jika hukum seperti itu yang kita gunakan untuk pedoman hidup, maka semua orang akan cacat." - I Hear Your Voice

Wah ! semakin suka pula hatiku pada kata-kata yang terlontar oleh drama ‘I Hear Your Voice’. Suka. Suka. Suka..100 kali suka  darab 0 tambah 50 . 

Oya, nanti bila tulisan-tulisan saya akan bertukar manja , tolong jangan panic atau terasa migrain ok. Anggaplah tulisan-tulisan saya sedang beranjak dewasa yang mahu menikmati alam samudera bersama kupu-kupu malam..aiiitss!! bersama rama-rama ditaman Bunga lavender. Harum dan disenangi ramai.

Tulisanku berakhir disini. Sehingga bertemu ditulisan-tulisanku nanti. Tunggu ya !.

Thanks for reading.

Apabila penulis kampung ada blog Apabila penulis kampung ada blog Reviewed by Precious Cla on 28.8.13 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.